Mydin Manjoi terbakar, persiapan Ramadan 200 pengunjung terbantut

Lebih 200 individu berdepan detik cemas apabila bumbung sebuah pasar raya di Manjoi, Perak terbakar.

Menurut satu kenyataan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) mengesahkan pasar raya besar miliknya terbakar pada Ahad sehingga terpaksa mengesongkan premis terbait.

“Menurut maklumat awal kira-kira 40 pekerja dengan lebih 200 pengunjung berada di dalam pasar raya Mydin Manjoi berkenaan bagi membuat persiapan akhir persekolahan dan menyambut Ramadan.

“Kesemua pekerja dan pengunjung sempat mengosongkan premis sebelum api mula marak di tingkat dua bangunan yang menempatkan seksyen pakaian, barangan elektrik dan keperluan harian,” katanya.

Kebakaran difahamkan bermula di bahagian atas bumbung pasaraya dan melibatkan panel solar menyebab bumbung tersebut runtuh.

Dalam pada itu, kejadian berkenaan disedari orang ramai selepas bekalan elektrik terputus diikuti bunyi loceng penggera kebakaran.

Operasi bermula jam 7.09 malam itu melibatkan 123 pegawai dan anggota daripada bomba, polis, Jabatan Sukarelawan (Rela), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Lembaga Air Perak dan Tenaga Nasional Berhad.

Difahamkan, kejadian itu dapat dikawal pada pukul 11 malam dan telah berjaya dipadamkan sepenuhnya manakala kerja-kerja pembersihan masih dijalankan sehingga selesai.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/03/11/malaysia-jerman-wujudkan-jalin-kerjasama-baharu/

Anda Mungkin Berminat