Oleh: Haikal Tajuddin
KUMPULAN N.Flying yang dibawa khas oleh More Entertainment bakal menganjurkan konsert sulung bertajuk ‘HIDE-UP’ di ZEPP Kuala Lumpur pada 1 Disember ini.
Kehadiran N.Flying ini merupakan penantian khas bagi N.Fia Malaysia untuk melihat kumpulan kesayangan mereka membuat persembahan di hadapan khalayak ramai.
Tiket itu juga akan mula dijual pada 27 September (Jumaat) jam 11 pagi menerusi laman my.bookmyshow.com.
Menerusi kenyataan media, tiket ini akan dijual dengan harga RM799 (zon premium), RM688 (VVIP), RM558 (CAT 1), RM468 (CAT 2), RM368 (CAT 3) dan RM6,288 (KOTAK VIP), tertakluk kepada yuran pengendalian dan menghadkan empat tiket bagi setiap orang.
Namun begitu, pemain drum, Kim Jae Hyun didapati tidak dapat menghadirkan diri kerana masih berada di bawah perkhidmatan ketenteraan.
“Walaupun hanya empat ahli sahaja yang hadir ke konsert sulung ini, namun N.Flying tetap akan menghiburkan peminat mereka dengan penuh semangat dan menjanjikan keterujaan kepada peminat yang mereka sayangi,” jelasnya.
Mereka berharap, peminat yang hadir akan dapat menyertai mereka di tempat istimewa yang dipenuhi dengan alunan muzik N.Flying sahaja.
“Yang pasti, acara tersebut bakal mencatatkan memori terindah kepada peminat yang hadir kerana ada beberapa kejutan yang bakal ditampilkan dan acara ini sememangnya tidak boleh lepaskan begitu sahaja,” katanya menerusi sidang media.
Sebagai info, Kumpulan N.Flying ini terdiri oleh lima orang ahli iaitu Lee Seung Hyub (selaku vokalis dan penyanyi rap), Yoo Hwe Seung (Vokalis), Cha Hun (pemain gitar), Seo Dong Sung (pemain bass) dan Kim Jae Hyun (pemain drum).
Setiap ahli memiliki bakat dan daya tarikan tersendiri sehingga menjadikan kumpulan ini berjaya ditubuhkan secara rasmi pada 2015 dan menampilkan album mini pertama berjudul “Awesome”.
Semenjak itu, nama kumpulan ini menjadi perhatian ramai sehingga melonjak naik seluruh dunia dengan lagu-lagu hits terbaru seperti Rooftops, Good BAM dan Oh Really.