Nadma sumbang RM100,000 peralatan sokongan banjir kepada TDM

Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menerajui Operasi Murni (Op Murni) menerima sumbangan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berjumlah RM100,000 yang terdiri daripada peralatan sokongan untuk digunakan semasa operasi dan fasa pasca banjir.

Menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF), antara aset semasa yang telah dilaksanakan seperti pelampung dewasa, jaket keselamatan kanak-kanak, payung dan beberapa keperluan lain.

Jelasnya dalam satu kenyataan, aset pasca banjir pula adalah barangan bagi keperluan pembersihan seperti shavelrubber boot dan berus dan lain-lain.

Pada Mac lalu lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga telah menerima perolehan kelengkapan mobiliti operasi bencana bagi pengoperasian Humanitarian Assistance and Disaster Relief bernilai RM9.97 juta.

“Antara aset yang diterima adalah seperti Rubber Inflatable Boat, Complete with Outboat Motor 40HP, Assault Boat Aluminium “Vee” bottom Complete with OBM 60HP, Trailer Boat, HADR Boat Carrier dan Trak satu tan 4 x 4 – Fitted for Radio,” jelasnya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada masa sama, seramai 995 pegawai dan 16,094 anggota lain-lain pangkat daripada tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di seluruh negara bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Kementerian Pertahanan turut mengatakan antara kawasan yang kini menerima taburan hujan yang tinggi dan sedang mengalami banjir adalah negeri Kelantan, Terengganu, Selangor dan Perak.

Disebabkan itu, ATM kini sedang mengatur gerak pasukan bantuan termasuk bantuan menyelamat dan memindah mangsa banjir ke Pusat Penempatan Sementara (PPS).

Pada masa yang sama, Kementerian Pertahanan turut mengatur gerak Forward Medical Team bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM) di dalam pemeriksaan kesihatan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat