GERIK: Pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan tragis mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat, Isnin lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Gerik hari ini.
Tertuduh, Mohd. Amirul Fadhil Zulkifle, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas 15 pertuduhan membabitkan kesalahan memandu secara berbahaya dibacakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dia turut menafikan satu lagi pertuduhan memandu secara melulu dan membahayakan di bawah Seksyen 42 akta sama.
Pertuduhan dikemukakan secara berasingan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Nor Azlan.
Nahas yang berlaku di laluan berbukit itu telah mencetuskan kesedihan seluruh negara selepas 15 nyawa pelajar UPSI terkorban dalam kejadian berkenaan.
Baca juga: