Oleh: Syahira Harish
KUALA LUMPUR: Penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) dijangka menjadi pemangkin kepada pengukuhan ekosistem ekonomi digital negara, sekali gus menyokong aspirasi Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa inisiatif itu akan memacu daya saing negara dalam menghadapi cabaran ekonomi digital global.
“Kejayaan kita bergantung kepada kemampuan untuk memanfaatkan potensi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pelbagai sektor,” katanya semasa majlis peluncuran NAIO di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.
NAIO akan menjadi platform utama untuk menggalakkan inovasi teknologi, memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta serta mempercepat integrasi AI dalam sektor utama seperti pendidikan, pertanian dan perkhidmatan awam.
Langkah strategik itu penting untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan dalam menghadapi perubahan landskap teknologi global.
Baca juga: