Oleh: Tyah Helmi
DURBAN: Perdana Menteri India, Narendra Modi menzahirkan rasa yakin bahawa negaranya bersama Malaysia akan kekal bekerjasama malah mempelbagaikan hubungan dua hala.
Narendra dalam kenyataan di laman Facebook rasminya turut menyatakan beliau mempunyai sesi pertukaran pandangan yang amat positif bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad.
“Saya bertukar pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang amat positif,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan turut memaklumkan bahawa beliau sempat mengadakan perbincangan ringkas dengan Modi ketika menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Afrika Selatan.
Kata Anwar, pertemuan tersebut menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, perdagangan, pendidikan dan teknologi baharu, yang berpotensi membuka peluang kerjasama lebih luas antara kedua-dua negara.
“Ya, Modi sempat berjumpa dan mengucapkan terima kasih kerana memberi ruang untuk menyertai ASEAN secara dalam talian.
“Beliau turut menyebut tentang sambutan Deepavali dan pilihan raya di India, sambil ketawa dan berkata Betul, Betul, Betul.
“Setiap kali berjumpa, beliau menekankan kepentingan meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara India dan Malaysia,” ujar Anwar.
Baca juga:








