Negara tetap pendirian tidak benarkan syarikat Israel masuk – PM

Malaysia masih teguh dengan pendirian untuk tidak membenarkan syarikat perkapalan milik Israel, ZIM masuk ke negara ini.

Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebenaran masuk kapal ZIM ke negara ini hanya berlaku ketika pentadbiran Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tak ada yang berdaftar (di Israel), kita tak benarkan. Yang benarkan pada 2002 itu adalah Dr M yang bawa (kapal) ZIM.

“Kita dah batalkan pada 2002, ingat? Yang benarkan kapal Israel masuk itu adalah Dr M masa jadi PM. Tiada bagi alasan apa pun,” katanya ketika berucap di Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional, NACS di Putrajaya pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa tiada syarikat yang sertai Defence Service Asia (DSA) berdaftar sebagai syarikat Israel berbanding syarikat perkapalan ZIM yang berdaftar sebagai sebuah syarikat Israel.

Pada 29 April 2024, media melaporkan sebuah kapal kargo ZIM Rotterdam milik syarikat Israel Zim Integrated Shipping Services telah berlabuh di Pelabuhan Klang sebelum berlepas ke Pelabuhan Shantou, China.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat