BERSIAP untuk “naik mesin masa” ke era 80-an apabila Konsert EXISTS Memento Mori Concert 2026 mengajak peminat tampil dengan gaya retro penuh nostalgia!
Penganjur Icon Entertainment menyeru peminat Exists supaya hadir dengan dresscode 80-an, sekali gus menghidupkan semula suasana klasik yang pernah mewarnai zaman kegemilangan muzik kumpulan itu.
“Kita kembalikan rasa itu. Rasa muda segar dan vibe-vibe 80-an yang masih menjadi pilihan ramai untuk bergaya,” menurut kenyataan penganjur di Instagram pada Selasa.
Daripada jaket oversized, warna neon, rambut ‘fluffy’ hingga gaya kasual retro, semuanya dialu-alukan bagi menceriakan malam konsert yang penuh memori itu.
Konsep ini diilhamkan bagi membawa peminat “flashback” ke zaman lagu-lagu ikonik Exists seperti Mengintai Dari Tirai Kamar, Untukmu Ibu dan Langkah Seiringan yang masih menjadi siulan hingga hari ini.
Konsert di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 1 Ogos 2026 itu akan menampilkan barisan ahli Exists iaitu Along, Ujang, Musa, Ajai, Shah, Mamat dan Ezad.
Tiket mula dijual pada 30 April ini di laman sesawang Ticket2u.
Baca juga:








