Kemelut rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz masih lagi hangat diperkatakan oleh netizen apabila Aliff mengatakan yang dia enggan menceraikan Bella kerana masih sayangkan isteri dan anak-anaknya.
Tular satu video yang dimuat naik oleh Malaysia Most Viral di platform X telah mendapat perhatian netizen, ia memaparkan Zarina, ibu kepada Bella Astillah telah diasak oleh wartawan untuk menjawab perihal yang berlaku ke atas rumah tangga anaknya.
Ketika ditanya apa perasaannya sebagai seorang ibu apabila melihat perjuangan anaknya dalam menguruskan kemelut rumah tangga, Zarina menjawab yang dia akan sentiasa berada di belakang Bella.
“Mak hanya di belakang dia je. Hanya dia dan mak je yang tahu apa yang mak buat untuk dia,” katanya ketika ditanya wartawan.
Dalam pada itu, Zarina turut menegaskan yang dia enggan memberikan komen lanjut tentang dakwaan anak bongsunya, Erica Astillah yang dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan Aliff Aziz.
“Mak tak tahu. Tak mengapa nanti kita selesaikan antara keluarga. Mak tak nak ada apa-apa kat laman sosial,” ujarnya ringkas.
Rata-rata netizen yang menonton video itu telah memuji cara percakapan ibu Bella Astillah yang dilihat sangat tenang dan hanya memikirkan tentang kebahagiaan anak-anaknya.
Selain itu, netizen turut membandingkan Zarina dengan ibu Aliff Aziz, Siti Hafizah Basharahil yang lebih vokal mengenai isu yang melanda anak lelaki dan menantunya itu.
“Mohon semua mendoakan yang terbaik untuk Aliff, insya-Allah hasil yang dapat juga nanti yang terbaik.
“Sekarang ini kita berada di 10 malam terakhir Ramadan, kita semua patut buat perkara yang positif. Moga-moga semua mendapat kebaikan,” katanya kepada wartawan.
Ditanya mengenai tindakannya yang tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya, Bella Astillah, Hafiza memberitahu dia enggan berbicara perkara yang negatif.
“Berkenaan perkara itu tiada apa-apa pun. Kalau boleh saya tidak mahu bercakap tentang yang negatif, saya mahu yang positif sahaja,” katanya.
Ketika ada yang menyamakan keperibadiannya dengan ibu mentua kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana, iaitu Datin Patimah Ismail, Hafiza hanya melahirkan rasa syukur dan menganggap dia hanya menjadi diri sendiri sahaja.
“Perkara itu no komen, saya hanya syukur dan ucap Alhamdulillah. Saya hanya Hafiza iaitu ibu kepada Aliff Aziz,” jawabnya ringkas.
Terdahulu, Aliff enggan menceraikan isterinya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah ketika sebutan kedua cerai talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.
Baca juga:








