Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Malaysia perlu kekal bersedia untuk sebarang kemungkinan dan terus memperkukuh daya tahan ekonomi negara.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,
“Malaysia perlu kekal bersedia sebarang kemungkinan dan terus memperkukuh daya tahan ekonomi negara.
“Antara fokus utama adalah memperkasakan eksport, mempelbagaikan pasaran, serta menarik pelaburan berkualiti,” katanya setelah mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas National Geoeconomic Command Centre (NGCC) hari ini.
Kata Zafrul, mesyuarat berkenaan penting demi memastikan Malaysia kekal sebagai hab ekonomi yang stabil dan dipercayai.
Difahamkan, mesyuarat berkenaan dilaksanakan buat pertama kalinya yang terdiri daripada Pasukan Petugas daripada Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), pemimpin industri, ahli ekonomi dan pakar dasar.
Antara mandat utama adalah untuk merangka tindak balas dasar terhadap risiko geopolitik semasa serta melindungi kepentingan ekonomi dan pekerjaan rakyat Malaysia.
Baca juga: