Oleh: Kamilia Ali
KUALA LUMPUR: Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuktikan tekad untuk menerajui ekonomi digital dengan melancarkan pejabat AI Kebangsaan (NAIO).
Jelas Anwar, hari ini negara mencipta satu lagi sejarah dengan kewujudan pejabat NAIO.
Menurutnya lagi, ini sebagai bukti tekad kesungguhan kita terkait ikhtiar transformasi digital yang mampu memacu ke arah masa depan dunia berpaksikan ekonomi digital.
“Sektor digital adalah kekuatan ekonomi dunia, justeru perlu ada kesungguhan penting untuk meningkatkan sektor digital negara ke landasan yang betul.
“Natijahnya, pemerdayaan untuk mengangkat keupayaan kita sebagai negara berpendapatan tinggi perlu didorong oleh sektor digital dan kerana itu, Malaysia adalah antara negara terawal mewujudkan Kementerian Digital,” katanya dalam satu kenyataan selepas melancarkan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan Kod Etika dan Tadbir Urus AI (AIGE) yang dilancarkan menekankan prinsip-prinsip asas seperti kebebasan, ketelusan, keadilan, dan inklusiviti dalam pembangunan dan penggunaan AI.
“Saya percaya, kewujudan AI Office akan meningkatkan keupayaan untuk bersaing namun perlu seiring dengan pemupukkan nilai ihsan, jati diri, etika, kemanusian, kefahaman agama, budaya dan hormat menghormati supaya tadbir urus yang lebih telus, adil dalam mendakap keseluruhan pelaksanaan AI ini,” kenyataan itu dipetik.
Baca juga: