Nor Farah kini pemain boling padang nombor satu dunia

PETALING JAYA: Jaguh boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah telah mencipta sejarah dengan menjadi pemain nombor satu dunia dalam sukan boling padang.

Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.

Pemain berusia 24 tahun itu telah mencuri perhatian dunia apabila meraih pingat emas dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands.

Kejayaan itu bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di persada dunia tetapi juga membuktikan bahawa Nor Farah adalah antara pemain boling padang terbaik yang pernah dilahirkan oleh negara ini.

Dengan pencapaian itu, Nor Farah telah meletakkan Malaysia di peta dunia sukan boling padang dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Anda Mungkin Berminat