Nora Danish Nafi Kahwin Esok, Foto Persalinan Pengantin Hanya ‘Marketing’

Oleh: Aliyaa Azmi

PELAKON popular, Nora Danish menafikan dakwaan bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinan esok, seperti yang hangat diperkatakan di media sosial sejak semalam.

Spekulasi timbul selepas beberapa foto dan rakaman video memperlihatkan Nora dalam persalinan pengantin tersebar, selain jejaka dikenali sebagai Mickey Ayo turut berkongsi imej berbaju Melayu putih di Instagram.

Namun, Nora menjelaskan bahawa semua foto dan video berkenaan hanyalah sebahagian daripada sebuah kempen pemasaran.

“Foto dan rakaman video yang tular sebenarnya satu kempen pemasaran, dan tiada kaitan dengan saya secara peribadi,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Nora merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mengambil berat serta mendoakan kebaikan buat dirinya.

“Saya sangat menghargai kasih sayang, doa, dan keprihatinan yang diberikan. Semoga penjelasan ini dapat meleraikan semua salah faham,” tambahnya.

Sementara itu, hantaran Mickey Ayo yang tampil segak berbaju Melayu putih turut menguatkan andaian netizen kononnya pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga. Namun, Nora menegaskan ia tidak ada kaitan dengan kehidupan peribadinya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat