Oleh: Aliyaa Azmi
SHAH ALAM: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat( PKR), Nurul Izzah Anwar mengingatkan partinya agar tidak melupakan penyokong asal serta makna sebenar reformasi dalam kempen pemilihan parti.
Menurut beliau, pengundi asal PKR masih menunggu untuk melihat sejauh mana parti itu mampu memperbaiki negara menerusi dasar-dasarnya sebagai sebahagian daripada kerajaan yang memerintah.
“Penyokong kita, pengundi asal, mereka menanti untuk melihat bagaimana kita boleh memperbaiki keadaan melalui dasar-dasar yang diperkenalkan.
“Jadi, walaupun kita berusaha menarik sokongan pengundi atas pagar, jangan kita lupa sebab asal mengapa kita perjuangkan reformasi dan makna reformasi itu sendiri,” katanya semasa berucap dalam sebuah majlis parti malam tadi.
Nurul Izzah turut menyuarakan kebimbangan terhadap kemerosotan sokongan pengundi India terhadap kerajaan, dan menegaskan PKR perlu lebih proaktif untuk mengembalikan sokongan daripada komuniti tersebut.
Baca juga: