KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, menafikan dakwaan bahawa beliau telah meletakkan jawatan dalam parti itu.
Dalam kenyataan pada Selasa, beliau menegaskan masih kekal menjalankan tanggungjawab seperti biasa dan tiada sebarang perubahan dalam struktur kepimpinan parti.
“Saya ingin menjelaskan bahawa dakwaan berhubung peletakan jawatan saya sebagai Timbalan Presiden KEADILAN adalah tidak benar.
“Saya kekal menjalankan amanah ini selaras dengan tanggungjawab dan proses parti serta tiada sebarang perubahan dalam struktur kepimpinan,” katanya.
Beliau turut menghargai keprihatinan pelbagai pihak berhubung isu tersebut.
Sehubungan itu, Nurul Izzah menggesa orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tidak disahkan serta merujuk kepada kenyataan rasmi parti bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
Terdahulu, wujud khabar angin mengatakan Nurul Izzah akan meletakkan jawatan sehingga pimpinan utama PKR menafikan wujudnya perkara tersebut.
Baca juga:








