Penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 menangguhkan acara triatlon akibat tahap kebersihan di Sungai Seine masih tidak mencapai tahap sepatutnya.
Penganjur mengesahkan acara triatlon bagi wanita dan lelaki Olimpik akan ditangguhkan ke hari Rabu selepas air sungai Seine sudah menunjukkan tahap bakteria yang lebih rendah.
Sekiranya, tahap bakteria e-coli dan bakteria lain yang masih tinggi dan belum mencapai tahap yang masih tidak memuaskan. Ia akan ditangguhkan ke hari Jumaat.
Setakat pagi 3.20 pagi tadi, Triatlon Dunia dan Paris 2024 telah mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan analisis air terkini sudah menunjukkan tahap bakteria yang lebih rendah.
“Keputusan analisis air terkini, yang diterima pada 3.20 pagi, telah dinilai sebagai mematuhi Triatlon Dunia yang membenarkan pertandingan triatlon berlangsung,” katanya.
Keputusan itu memberikan nafas lega kepada 110 atlet yang bakal berentap pada hari Rabu, dan dalam masa yang sama pihak berkuasa Paris dapat mengotakan janji kepada penduduk di Seine dengan membuktikan bahawa sungai tersebut boleh dilakukan aktiviti air seperti sukan dalam jangka masa yang panjang kepada umum.
Perlumbaan wanita dijadualkan bermula pada pukul 8 pagi (2 petang waktu tempatan) dengan acara lelaki sejurus selepas pada pukul 10:45 pagi (4:45 petang).
Baca juga: