Olimpik Paris 2024: Dhabitah tempah slot ke pentas final

Oleh: Wahida Ramlan

PARIS: Penerjun negara, Dhabitah Sabri berjaya menempah tiket ke aksi akhir platform tiga meter papan anjal selepas mencatatkan jumlah 286.95 mata untuk menduduki tempat kelapan dalam aksi separuh akhir pada petang Khamis.

Atlet berusia 25 tahun itu memperkemaskan baki dua terjunan terakhirnya untuk mengumpul 57.00 mata pada terjunan keempat dan 60.45 mata pada terjunan kelima bagi memastikan kedudukannya dalam kelompok 12 terbaik itu terjamin sekali gus bagi melayakkan diri ke aksi akhir esok.

Aksi separuh akhir itu turut menyaksikan penerjun pilihan utama kejohanan dari China, Chen Yi Wen menepati ramalan apabila menduduki tempat pertama selepas mengumpul 360.85 mata dan diikuti penerjun dari Australia, Maddison Keeney dengan 334.70 mata.

Mengikut syarat kelayakan 12 daripada 18 penerjun terbaik di separuh akhir bakal melayakkan diri ke aksi akhir platform tiga meter papan anjal yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini sekitar pukul 9 malam.

Anda Mungkin Berminat