Onn Hafiz yakin Awie calon wakil rakyat terbaik Nenggiri

Oleh: Shafira Aziz

GUA MUSANG: Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) yakin calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mampu membawa pembangunan yang lebih baik. 

Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata demikian ketika berjumpa dengan pengundi bersama calon PRK DUN Nenggiri BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau lebih mesra disapa dengan nama Awie. 

“Saudara Awie merupakan pemimpin mudah yang berwibawa dan sangat aktif di Nenggiri sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan.

“Saya yakin dan percaya calon muda dan berpendidikan yang ditampilkan oleh BN ini mampu memperoleh kemenangan dan menggalas tugas dengan baik,” katanya di Facebook baru-baru ini.

Pertemuan antara pengundi dan jentera BN tersebut diadakan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pasir Tumboh dan Bertam Lama. 

Onn Hafiz berharap agar pengundi sepakat memberi sokongan padu buat Awie Sabtu ini.

Untuk rekod, PRK Nenggiri melibatkan 20,259 pengundi.

PRK diadakan susulan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu.

Anda Mungkin Berminat