PETALING JAYA: Seramai 11 lelaki tempatan berusia 30 hingga 60 tahun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor di sekitar Kajang menerusi Ops Sarang bermula 10 hingga 16 Februari lalu.
Polis Selangor dalam hantaran di Facebook memaklumkan, Ops Sarang itu merupakan salah satu inisiatif dalam membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan yang telah dikenalpasti sebagai sarang pengedar dan sarang penagih dadah di sekitar Selangor.
“Dalam serbuan itu, JSJN Selangor merampas dadah jenis heroin dengan anggaran berat 0.20 gram dan syabu anggaran berat 0.05 gram dianggarkan bernilai RM 11.80.
“Ujian saringan air kencing mendapati kesemua tangkapan didapati positif dadah.
“Kesemua yang ditangkap kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dua individu dikenal pasti sebagai sasaran untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 39C Akta yang sama,” katanya pada Jumaat.