Pahang taja makan tengahari calon SPM

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Kerajaan Pahang mengambil inisiatif untuk menaja makan tengah hari kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 sepanjang tempoh peperiksaan, kecuali mereka yang tinggal di asrama.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah ini diambil sebagai tanda sokongan kepada anak-anak Pahang yang sedang berjuang demi masa depan mereka.

“Saya turut dimaklumkan bahawa YB (Yang Berhormat) Menteri Pendidikan amat menghargai inisiatif ini dan turut menyampaikan ucapan terima kasih serta salam kepada kita semua di negeri Pahang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM yang akan menduduki ujian bertulis bermula hari ini Januari hingga 6 Februari depan.

“Semoga anak-anak semua diberi ketenangan, kekuatan, dan kebijaksanaan sepanjang menghadapi peperiksaan ini.

“Marilah kita semua berdoa semoga semua calon SPM dapat menduduki peperiksaan dengan tenang serta diberi kesihatan yang baik.

“Usaha dan doa adalah kunci kejayaan anak-anak semua,” katanya.

Lebih 400,000 calon SPM 2024 yang mendaftar bagi menduduki ujian bertulis di 3,000 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat