Pandangan Anwar isu Palestin didengari dunia

PETALING JAYA: Pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya dalam isu kemanusiaan di Palestin didengari oleh dunia ketika ini.

Felo Penyelidik Utama di Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Zaid Ahmad turut mengakui bahawa, pandangan Anwar turut ditunggu-tunggu oleh pemimpin negara lain ketika menghadiri sebarang forum antarabangsa.

Apatah lagi, katanya, Anwar yang berperanan sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini juga boleh menggunakan pengaruh itu dalam membangkitkan krisis yang membelenggu masyarakat dunia termasuk agama Islam.

“Jika dulu ada yang pernah mengatakan beliau boleh menjadi jurucakap bagi dunia Islam.

“Jadi, ketika ini eloklah beliau memainkan peranan itu dengan lebih baik,” katanya kepada Malaysia Bangkit.

Terdahulu, Anwar berkata, Malaysia akan bekerjasama dengan Jepun bagi menyegerakan pembangunan semula Gaza berikutan gencatan senjata yang telah dicapai pada Rabu.

Menurut Anwar, beliau  menghubungi rakan sejawatannya Shigeru Ishiba pada Khamis. untuk membincangkan perkembangan mutakhir itu.

Anwar berkata, Ishiba juga telah meminta Malaysia menjadi pengerusi bersama dengan Jepun bagi inisiatif negara itu menganjurkan persidangan mengenai kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) pada Julai ini, khususnya berkaitan pembangunan semula Gaza.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat