Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu dengan majoriti 3,869 undi.
Beliau memperoleh 14,000 undi, menewaskan Khairul Azhari Saut daripada PN yang memperoleh 10,131 undi, manakala calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) hanya memperoleh 152 undi dan calon Bebas 188 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN KKB, Yuhanas Auree Kamaruddin pada pukul 9.55 malam di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 40,226 pengundi yang layak mengundi pada PRK kali ini terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas, DUN KKB dimenangi Lee Kee Hiong daripada PH apabila menewaskan tiga pencabarnya daripada PN, PRM dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dengan majoriti 4,119 undi.
PRK KKB diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.
Baca juga: