Paris 2024 : Goh Jin Wei pamer aksi terbaik meskipun gagal ke Suku Akhir

Pemain perseorangan badminton wanita negara, Goh Jin Wei pamer aksi terbaik meskipun gagal meloloskan diri ke Suku Akhir Badminton Olimpik Paris 2024 pada petang Rabu.

Set pertama menyaksikan Jin Wei tumpas di tangan lawan dari Korea Selatan, Kim Ga Eun dengan keputusan, 21-17.

Namun, kekalahan tersebut tidak menghentikan semangat juang beliau yang menunjukkan kebangkitan di set kedua dengan permainan agresif bagi memenangi persaingan 20-22 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Set penentuan menyaksikan saingan sengit diberikan oleh pemain berusia 24 tahun itu apabila mendahului permainan dengan 20-18, namun, kesilapan yang dilakukan membolehkan lawan mencuri mata dengan menyamakan kedudukan.

Aksi yang penuh mendebarkan itu berpihak kepada Ga Eun yang tidak henti-henti membalas pukulan Jin Wei, sekali gus berjaya menghentikan bulu tangkis dengan pukulan kencang di hujung garisan belakang.

Kekalahan itu menyaksikan perjuangan negara dalam perseorangan wanita terhenti selepas tiada lagi wakil perseorangan wanita negara setelah Jin Wei hanya sekadar berjaya menduduki tempat kedua dalam kumpulan H dalam Olimpik edisi kali ini.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/07/31/fadhlina-titip-kata-kata-semangat-buat-pasukan-beregu-wanita-negara/

Anda Mungkin Berminat