Sinar harapan buat pemain regu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk mara ke Separuh Akhir sukan badminton selepas cabutan undian yang dibuat pada pagi Selasa (waktu tempatan) berpihak kepada mereka.
Selepas berjaya menewaskan lawan dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping sekali gus mengungguli kumpulan D pada petang Isnin, pasangan negara mempunyai peluang yang besar untuk turut mara ke Separuh Akhir temasya itu.
Pasangan negara dijadualkan turun bertemu gandingan dari Korea Selatan Kim Wonho-Jeong Na Eun pada Khamis ini.
Atas kertas, rekod head-to-head gandingan negara mempunyai sedikit kelebihan menentang lawan dari Korea Selatan itu kerana mereka mempunyai rekod memenangi dua daripada tiga pertemuan sebelum ini.
Selepas tewas kepada pasangan Korea itu dalam pertemuan pertama mereka di Terbuka Jerman, Tang Jie-Ee Wei berjaya mencatatkan kemenangan berturut-turut di Kejohanan Asia dan Terbuka China 2023.
Sekiranya berjaya menumpaskan Won Ho-Na Eun, pasangan negara bakal bertemu pasangan utama Korea Selatan yang ketika ini menduduki tangga kesembilan dunia, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung atau Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hongkong.
Baca juga:








