Oleh: Tyah Helmi
TULAR di media sosial satu video TikTok yang memaparkan pempengaruh yang dikenali ‘isawkwardguy’ membuat parodi tentang realiti rakyat Singapura yang memasuki Malaysia demi mendapatkan minyak RON95 sejurus kerajaan menurunkan harga minyak itu kepada RM1.99 seliter.
Video berkenaan meraih ratusan ribu penonton dan tanda suka kerana ia mencuit hati warga atas talian. Dengan ayat berunsurkan komedi yang menunjukkan rakyat Singapura tidak boleh lagi dengan sembunyinya mengisi isi minyak RON 95 yang disubsidikan oleh kerajaan Malaysia.
Sehinggakan penyanyi Malaysia iaitu Aliff Satar geli hati dengan ayat ‘balik’ oleh pempengaruh itu.
Pengumuman penurunan harga RON95 itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kelmarin.
Penurunan harga RON95 kepada RM1.99 seliter itu turut disambut baik rakyat Malaysia yang rata-ratanya menganggap langkah kerajaan itu tepat dalam membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Baca juga: