Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Satu lagi parti anak muda ditubuhkan demi memimpin gerak kerja dan agenda belia di negeri Terengganu.
Parti Generasi Rakyat Negeri Terengganu (PGRNT) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa ia bagi memperkukuh suara dan hak anak muda dalam pembangunan sosial dan ekonomi negeri itu.
“Penubuhan parti ini berteraskan aspirasi untuk memperkukuh peranan generasi muda dalam pembangunan masyarakat serta memastikan suara mereka diberi tempat dalam wacana kepimpinan dan pembentukan dasar.
“Barisan kepimpinan yang diumumkan terdiri daripada individu berintegriti dan komited memperjuangkan agenda belia yang progresif dan inklusif,” katanya ketika memperkenalkan barisan Ahli Majlis Tertinggi parti itu.
Parti Generasi Rakyat Negeri Terengganu turut berpendapat bahawa dengan mengutamakan suara golongan muda, mereka dapat memberi impak yang besar dalam mencorakkan masa depan negeri yang lebih sejahtera dan dinamik.
PGRNT turut menyeru seluruh generasi muda untuk bersama-sama menyumbang idea, tenaga, serta kepakaran bagi membangunkan Terengganu ke arah yang lebih maju.
“Suara belia bukan sekadar gema, tetapi kekuatan yang membentuk masa depan,” tegasnya.
Baca juga;








