PAS sah terajui PN, mesyuarat minggu depan

MARANG: Selepas Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai pengerusi sejak semalam, 

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan parti itu akan menerajui gabungan parti itu.

Abdul Hadi berkata mesyuarat mengenai calon pengerusi PN yang baru akan berlangsung minggu depan yang dijangka turut dihadiri pemimpin Bersatu.

“Mesyuarat itu nanti akan bersama-sama Bersatu. (Pemimpin) yang letak jawatan itu atas dia (sama ada) hendak datang (mesyuarat) atau tidak,” katanya memetik berita tempatan pada Jumaat.

Abdul Hadi berkata PAS mempunyai ramai calon dalam kalangan agamawan mahupun teknokrat namun Anggota Parlimen Marang itu masih menutup mulut mengenai identiti calon yang akan dikemukakan.

Ditanya kemungkinan beliau akan menerajui PN seperti cadangan beberapa pihak, Abdul Hadi sekadar menjawab dirinya dalam keuzuran.

“Kita dalam keadaan keuzuran, tetapi calon yang akan dipilih untuk memimpin PN akan dibincangkan pada mesyuarat minggu depan, yang pasti pengerusi gabungan itu adalah kalangan pemimpin PAS,” katanya.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai pengerusi berkuat kuasa semalam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat