Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Farhan Fauzi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai gambar tiga sekeluarga yang tular di laman sosial untuk tampil memberi maklumat.
Beliau memaklumkan bahawa perkara tersebut telah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk membantu keluarga berkenaan.
“Mohon sesiapa yang mempunyai info dan maklumat tentang keluarga ini untuk salurkan kepada saya di ruangan komen di bawah agar kami dapat menghubungi mereka.
“Insya-Allah, pihak kami akan membantu keluarga ini dalam menambah baik kehidupan seharian mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Terdahulu, tular di laman sosial gambar satu keluarga yang menaiki motosikal di samping si ibu mengendong anaknya yang memakai alat bantuan pernafasan.
Gambar tersebut tidak menunjukkan dengan jelas kawasan gambar tersebut ditangkap dan orang ramai diminta untuk tampil memberi maklumat sekiranya mempunya informasi mengenai keluarga berkenaan.
Baca juga: