Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan menukarkan nama Pasar Kedai Payang kepada Central Market @ Pasar Payang seperti yang dicadangkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya lebih memfokuskan untuk menjadikan pasar berkenaan sebagai pasar utama di negeri Terengganu daripada menukarkan namanya.
“Kerajaan Negeri mahu menjadikan Pasar Kedai Payang sebagai pasar utama untuk menjadi tumpuan sebagai sebuah pusat aktiviti pelancongan di Terengganu,” katanya dalam kenyataan.
Samsuri turut menyatakan bahawa penukaran nama tersebut tidak akan berlaku kerana nama pasar berkenaan mempunyai susur galur galur sejarah, budaya dan resam yang unik dan dekat di hati rakyat Terengganu.
Dalam pada itu, kerajaan Terengganu berhasrat ingin menjadikan Pasar Kedai Payang sebagai destinasi utama pelancong selain memiliki sifat sejarah termasuk lokasinya yang strategik iaitu berada di kedudukan tengah negeri Terengganu dan pesisir pantai timur.
Baca juga: