PAU 2025 ditangguh ke Januari depan

KUALA LUMPUR: UMNO menangguhkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 29 November ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, PAU 2025 yang sepatutnya diadakan dari 26 hingga 29 November kini ditunda ke tarikh baharu iaitu 14 hingga 17 Januari 2026.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta keperluan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja parti di Sabah.

“Penangguhan ini membolehkan kepimpinan dan jentera UMNO seluruh negara menumpukan tenaga bagi membantu Barisan Nasional (BN) Sabah meraih kembali kepercayaan rakyat.

“Kita mahu memastikan BN dapat kembali mengemudi kerajaan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat