PBAKL 2025 hari kedua penuh aktiviti menarik

KUALA LUMPUR: Biar pun diadakan ketika penutupan jalan bagi Sidang Kemuncak ASEAN, namun kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 hari kedua dapat dirasakan.

Seawal 10 pagi, pengunjung yang kebanyakannya terdiri daripada keluarga dan remaja dilihat hadir menjinjing beg beroda menandakan mereka ada misi khas hari ini.

Bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), syurga buat penggemar buku sehingga 1 Jun ini diadakan hingga 10 malam setiap hari.

Dengan tema Buku Membaca Memimpin, PBAKL 2025 turut menyasarkan seramai 1.9 juta pengunjung sepanjang tempoh tersebut.

Antara aktiviti menarik pada Sabtu ialah penulis komik menyantuni peminat mereka di reruai PTS Media Group, Bicara Hadis bersama Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi, pelancaran buku Saiful Nang dan Shauqi Hasan, peluncuran buku penglipurlara, penulis cilik bercerita dan lain-lain lagi.

Ayuh! Dapatkan buku kegemaran anda dengan pelbagai tawaran menarik di PBAKL 2025 sekarang.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat