Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah merobohkan ‘warung’ yang dibina sekumpulan warga asing di Jalan Indah Gemilang 5, Taman Desa Cemerlang di Johor Bahru.
Datuk Bandar MBJB, Datuk Noorazam Osman, berkata, struktur binaan itu telah dirobohkan pada 24 November lalu selepas dikesan pihak penguat kuasa.
“Struktur ini dirobohkan jam 10.55 pagi pada 24 November lalu menggunakan jentera berat di bawah pengawasan pihak penguat kuasa MBJB.
“Setakat ini tiada binaan baru dibuat di tapak lapang sebelah premis kilang tersebut,” katanya lapor Berita Harian.
Sepanjang tahun ini, tiga peniaga telah dibatalkan lesen kerana menyewakan tapak kepada penjaja warga asing.
Terdahulu, tular video satu minit 14 saat memaparkan empat lelaki dipercayai warga Bangladesh sedang membina warung bersebelahan premis kilang.
Baca juga:








