Pearly-Thinaah Rampas Takhta Dunia, Beregu Wanita Negara Kini Nombor 1

KUALA LUMPUR: Dalam detik bersejarah buat badminton negara, beregu wanita Malaysia Pearly Tan dan M. Thinaah kini secara rasmi menduduki tangga teratas dalam ranking kelayakan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), mengatasi gandingan handalan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning.

Kejayaan itu menandakan musim paling cemerlang buat Pearly-Thinaah, yang kini mengumpul 104,860 mata melonjak melepasi pasangan China yang mengumpul 103,150 mata.

Lonjakan itu berlaku selepas Liu-Tan tidak menyertai dua kejohanan penting, Terbuka Perancis dan Terbuka Hylo, sekali gus membuka ruang kepada wakil Malaysia untuk merampas kedudukan nombor satu.

Pasangan negara itu dijangka akan beraksi di pentas Final Jelajah Dunia BWF yang bakal berlangsung di Hangzhou, China dari 17 hingga 21 Disember ini, sebagai antara pilihan utama kejohanan.

Walaupun kini mendahului dalam ranking kelayakan, Pearly-Thinaah masih berada di tangga kedua ranking dunia keseluruhan di belakang Liu-Tan.

Minggu depan, Pearly-Thinaah dijangka turun beraksi dalam Masters Jepun sebagai pilihan utama, sementara pasangan China tidak menyertai kejohanan tersebut dan satu lagi peluang untuk menjarakkan kedudukan serta mengukuhkan dominasi mereka.

Tahniah, diucapkan dari Malaysia Bangkit!

Anda Mungkin Berminat