Pearly-Thinaah rangkul kejuaraan Artic Open

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, menutup kempen Arctic Open 2025 penuh bergaya apabila menundukkan pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, dalam aksi final pada Ahad.

Kemenangan bergaya straight set 21-7, 21-9 itu bukan sahaja menghadiahkan gelaran juara pertama mereka tahun ini, malah menjadi penebus duka selepas tewas di final edisi 2024 kepada pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning.

Rekod pertemuan turut memihak kepada beregu negara apabila mereka kini mencatat enam kemenangan daripada lapan pertemuan menentang Iwanaga-Nakanishi, termasuk kemenangan terakhir di Indonesia Open sebelum ini.

Dalam perlawanan akhir itu, Pearly-Thinaah mempamerkan aksi bertenaga sejak set pertama dengan corak permainan pantas serta pukulan tajam yang gagal dibaca lawan. Kesilapan mudah daripada pasangan Jepun pula memberi ruang kepada wakil Malaysia untuk mengutip mata demi mata dan menamatkan aksi dengan penuh dominan.

Kejayaan di Arctic Open 2025 ini menambah koleksi kejuaraan antarabangsa mereka seperti Swiss Open 2021, French Open 2022, dan Syed Modi International 2023, sekali gus mengukuhkan reputasi Pearly Tan-Thinaah sebagai antara beregu wanita terbaik dunia ketika ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat