Oleh: Tyah Helmi
KUALA LUMPUR: Muhammed Yusoff Rawther diingatkan tidak membiarkan diri dipergunakan oleh kuasa serta pihak berkepentingan.
Perkara itu dilontarkan oleh peguam, Asheeq Ali Sethi Alivi pada Sidang Media ‘Laporan Polis kepada Yusoff Rawther’ hari ini di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau yang turut mewakili Badan Bukan Kerajaan (NGO) Nadi Gemilang Amal berkata penegasan itu perlu, apatah lagi dengan dakwaan Yusoff sebagai ejen perisik kepada Mossad Israel.
“Satu sahaja pesanan saya kepada saudara Yusoff Rawther jangan biar diri digunakan oleh sesiapa pun,
“Kalau benar apa yang anda perjuangkan, kalau benar apa yang anda katakan, berdiri sendiri tanpa digunakan, oleh mana-mana pihak,” katanya merujuk isu yang meliputi bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik itu.
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet mendakwa Yusoff Rawther pernah membuat kenyataan terbuka berhubung sokongannya kepada Israel pada 2017.
Altimet merujuk kepada surat yang disiarkan dalam laman Israel National News, di mana Yusoff menggelar perjuangan Palestin sebagai ‘anti-Semitik dan bodoh’ serta menolak hak rakyat Palestin ke atas Baitulmaqdis.
“Ini bukan hanya soal undang-undang peribadi. Ini soal prinsip dan integriti. Yusoff pernah secara terbuka menyatakan sokongan kepada Israel dan memperlekeh perjuangan rakyat Palestin dalam surat terbukanya pada 2017,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Baca juga: