Pekerja kilang belacan didakwa membunuh teman lelaki isteri

Seorang pekerja kilang belacan hanya mengangguk faham dan tidak membuat pengakuan ketika didakwa di Mahkamah Majistret di Teluk Intan, Perak pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pada awal bulan ini.

D. Tanabalan, 42, didakwa membunuh S. Sundaraj, 32, di tepi jalan Taman Dato’ Nazir, Langkap, Teluk Intan pada 5 April lalu kira-kira pukul 6.30 petang hingga 8 malam hari kejadian.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sekiranya disabit kesalahan, pesalah boleh menerima hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau 40 tahun.

Sekiranya hukuman mati tidak dikenakan, pesalah hendaklah dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan dan Majistret T. Ashvinii, menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 15 Mei untuk menunggu laporan kimia.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat