Pelajar UPSI yang selamat nahas mahu saman pemandu, syarikat bas

KUALA LUMPUR: Sebilangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terselamat dalam nahas kemalangan bas yang mengejutkan satu Malaydia pada 9 Jun lalu di Gerik, Perak mahu menyaman pemandu dan syarikat bas terlibat.

Memetik Harian Metro, salah satu pelajar tersebut antaranya Abdul Wafiy Kamarudin, yang berusia 23c yang berharap agar tindakan saman itu menjadi peringatan kepada semua pemandu supaya lebih bertanggungjawab di jalan raya.

“Tuntutan yang dibuat membabitkan ganti rugi kecederaan dan kehilangan barangan peribadi semasa kemalangan berkenaan. Ia (tuntutan) akan dikemukakan selepas selesai urusan dokumentasi bersama agensi yang terbabit,” katanya.

Wafiy berkata mereka sedang mengumpulkan mangsa lain yang ingin untuk menyertai tindakan tersebut, dan kebanyakan rakannya bersedia untuk meneruskannya.

Peguam yang mewakili para pelajar, Mahmud Jumaat, berkata dia dan pasukannya akan membantu keluarga mangsa berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Menurut Mahmud, firma guamannya telah diamanahkan oleh keluarga sebahagian besar mangsa untuk memfailkan saman dan tuntutan ganti rugi.

Beliau mengkritik pihak tertentu yang menurutnya bertindak sebagai
“broker” dengan menyamar sebagai peguam bagi meraih keuntungan kewangan daripada keluarga mangsa melalui janji “bulan dan bintang”

“Malah, sebagai timbal balas mereka bakal memperoleh komisyen daripada firma guaman yang diperkenalkan oleh broker terbabit.

“Apa yang mustahak, keluarga ini mendapat pembelaan dan mereka berhak untuk menuntut keadilan daripada tragedi yang memilukan ini,
“katanya.

Terdahulu, media melaporkan, pada 9 Jun lalu, sekurang-kurangnya 15 pelajar UPSI disahkan maut manakala 33 lagi cedera apabila bas yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Jalan KM53 Lebuhraya Timur-Barat, berhampiran Tasik Banding di Gerik, Perak selepas bertembung dengan sebuah lagi kenderaan.

Pemandu bas kini didakwa di mahkamah atas 15 pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat