Pelantikan KP SPRM Baharu Jadi Titik Ujian, Dorong Agenda Reformasi

KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai titik ujian penting terhadap integriti institusi berkenaan, sekali gus membuka ruang kepada agenda reformasi menyeluruh.

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pelantikan itu bukan sekadar formaliti, sebaliknya menuntut keberanian serta iltizam tinggi dalam memastikan keadilan ditegakkan tanpa kompromi.

“Integriti tidak terletak pada gelaran tetapi pada tindakan termasuk keputusan yang telus dan siasatan tanpa gentar,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pelantikan baharu itu memberi peluang kepada perubahan, namun ia memerlukan komitmen berterusan serta sokongan rakyat.

“Perubahan hanya akan berlaku dengan keberanian, iltizam dan sokongan rakyat,” katanya.

Menurut Nurul Izzah, rakyat sejak sekian lama menuntut agar SPRM benar-benar bebas dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak berkepentingan.

“Reformasi sebenar perlu melibatkan pengukuhan institusi, semakan undang-undang serta kebertanggungjawaban kepada Parlimen,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa pelantikan baharu tidak menjamin pembaharuan secara automatik tanpa perubahan struktur yang kukuh.

“Tanpa perubahan menyeluruh, usaha pembaharuan berisiko gagal dan menjejaskan kepercayaan rakyat,” ujarnya.

Anda Mungkin Berminat