PETALING JAYA: Selepas kehilangan lebih 46,700 nyawa rakyat Palestin dan lebih dua juta penduduk kehilangan tempat tinggal kini rakyat Gaza mendapat sinar baharu selepas gengatan senjata berkuatkuasa ahad ini.
Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim genjatan senjata ini adalah landasan terbaik untuk membina semula negara Palestin yang merdeka.

“Tambahan pula, gencatan senjata ini mesti berfungsi sebagai batu loncatan ke arah matlamat yang telah lama tertunggak untuk menubuhkan negara Palestin yang berdaya maju, berdaulat dan merdeka,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas kenyataan Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata beliau menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan bahawa gencatan senjata tersebut perlu menjadi batu loncatan ke arah penubuhan negara Palestin yang berdaya maju, berdaulat dan merdeka.
“Sesungguhnya, mangsa-mangsa di Palestin telah melalui konflik ini dengan penuh kesengsaraan dan penderitaan. Mereka memerlukan sokongan daripada masyarakat dunia untuk membina semula kehidupan mereka,” katanya.
Mohd Na’im turut menyeru umat Islam untuk terus menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin sebagai tanda kesatuan hati dan jiwa.
Terdahulu, Israel dan Hamas bersetuju melaksanakan gencatan senjata bermula Ahad ini untuk menghentikan perang selama 15 bulan yang memusnahkan hampir keseluruhan bumi Gaza.
Baca juga: