Seorang lelaki berjaya diselamatkan manakala seorang lagi dilaporkan hilang apabila bot yang dinaiki terbalik ketika memancing di Empangan Tasik Pedu, Padang Terap, Kedah pada Khamis.
Komander Operasi, PBK II Rahim Mohd Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.20 petang.
“Seorang lelaki berusia 55 tahun telah berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala seorang lagi lelaki berusia 50-an dilaporkan hilang.
“Mangsa yang telah berjaya diselamatkan telah dibawa ke hospital oleh pasukan EMRS,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, seramai 12 orang anggota Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang dan BBP Jitra dibantu oleh empat orang anggota Polis Diraja Malaysia telah digegaskan ke lokasi kejadian bersama sebuah unit jentera FRT, sebuah unit kenderaan EMRS, sebuah unit FRV dan sebuah bot Aluminum ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi diteruskan lagi dengan pencarian di permukaan air yang diketuai oleh PBK II Shamsuri bersama empat orang anggota Bomba.
Difahamkan, Pasukan Khas Penyelam Di Air (PPDA) telah Mula menjalankan Operasi mencari dan menyelamat mangsa di lokasi tempat mangsa dikesan jatuh.
Baca juga: