Pemangku Sultan Johor berangkat ke majlis kesyukuran

Oleh: Kamilia Ali

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang diadakan di Masjid Pasir Pelangi, malam tadi.

Mengiringi Tunku Mahkota Ismail ialah YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Turut berangkat, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor; dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.

YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim dan suami, Datuk Dennis Muhammad bin Abdullah turut hadir pada majlis tersebut.

Bacaan yasin dan tahlil dipimpin oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran dan penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat