‘Seriau’ tengok stail pembangkang semak dan imbang

Oleh: Liyana Marzuki

ULASAN | Saya ‘ghisau’ dan ‘seriau’ tengokkan cara Pembangkang buat kerja semak dan imbang. Tambah bila datang dari Presiden sebuah parti yang bercita2 besar memerintah Malaysia. Parti yang punya kerusi paling banyak di Parliamen dan bermoto Kepimpinan Ulamak.

Baru-baru ini beliau keluar kenyataan “Tiada sebab Kerajaan nak naikkan harga minyak, sebab Malaysia tak kena sekat pun”.

Hmmm… Pertama kali saya baca, saya anggap bukan Presiden yang menulis. Mungkin secpol dia salah pantun Roh Roh Neh Neh…

Mereka tak baca berita gamaknya.

Gangguan di Selat Hormuz dan ketegangan geopolitik global memberi tekanan kepada bekalan dan harga tenaga dunia. Banyak negara, termasuk yang tiada sekatan langsung, tetap terkesan.

Hatta Pakistan yang baik dengan Iran dan kapal lepas pun, ada krisis tenaga. Bukan saja minyak mahal, bekalan pun terganggu.

Pada saya, yang lebih membimbangkan bukan kenyataan Presiden, tapi kefahaman ekonomi di sebaliknya.

Sebagai perbandingan, tahun 2021 ketika ada krisis minyak sawit, Kerajaan PN naikkan harga dari RM20+ sebotol ke RM50. Walaupun Malaysia ini antara pengeluar utama minyak sawit dunia. Tatap PN naikkan harga. Sekali ganda.

Bukan sahaja minyak masak mahal masa tu, nak cari pun kita tak jumpa. Tambah yang subsidi punya. Rupanya ramai pula yang buat niaga.

Contoh: anak Ketua Pembangkang kita. Didakwa di mahkamah kerana tipu dokumen dan miliki minyak masak subsidi lebih had.

Makanya, bila Tuan Presiden komen tak patut naik harga barang ketika krisis bekalan, kita pun garu kepala.

Macam mana la kalau mereka yang memerintah, solusinya bagaimana? Sebab dah ada sejarah, kita dah boleh bandingkan kompeten nya bagaimana?

Bila diingat kembali, patut lah pun. Sasaran parti beliau golongan “jahil agama dan jahil politik”. Dia sendiri yang kata.

Yang kita harapkan dari Pembangkang untuk semak dan imbang. Bukannya tanya kenapa naik harga, itu dah given ketika perang ya.

Patutnya, persoalkan mekanisme subsidi tersasar, bagaimana nak kembangkan ia agar lebih ramai rakyat dilindungi.

Pada masa yang sama, desak Kerajaan perbanyakkan hasıl dan sumber, agar fiskal terjaga.

Itulah contoh Pembangkang bijaksana. Level Negawaran yang fikirkan negara. Bukan politikus yang dahaga kuasa.


***Penulis adalah aktivis politik dan sentiasa berkongsi pandangannya mengenai politik di media sosial

Anda Mungkin Berminat