Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Terdapat tujuh syarat yang telah digariskan Kerajaan Perpaduan dalam draf memorandum persefahaman (MoU) kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk mendapatkan peruntukan.
Namun, Perikatan Nasional (PN) telah mensensasikan dan sebulat suara menolak MoU berkenaan yang dianggap sebagai tiada sebab untuk mereka berbuat demikian.
Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub mendakwa isu 3R (bangsa, agama, raja) menjadi punca sebenar pembangkang menolak MoU berkenaan pada Ahad lalu.
Beliau berkata, terdapat Ahli Parlimen yang menolak MoU itu disebabkan terdapat pembahagian hak sama rata yang perlu diberikan kepada semua kaum.
“Isu sentimen manipulasi agama yang keterlaluan sebenarnya menjadi modal politik yang digunakan oleh pembangkang untuk meraih undi majoriti daripada rakyat.
“Jika keluar sedikit daripada modal berkenaan, jadi ia penghalang mereka untuk mengekalkan kedudukan di arena politik kerana dalam MoU juga turut menyatakan tidak boleh memiliki hasad kebencian yang berkaitan dengan 3R,” katanya ketika dihubungi Malaysia Bangkit.
Tambah Tawfik, tindakan oleh pihak pembangkang itu merupakan satu tindakan yang mengecewakan dan perkara itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada persepsi rakyat terhadap politik Malaysia.
“Walaupun pihak pembangkang menolak memorandum tersebut, namun kerajaan masih terbuka hati untuk membuat rundingan berkenaan MoU.
“Tetapi, apa yang saya perhatikan sehingga ke hari ini, imej yang baik kini sudah berada lebih kepada pihak kerajaan berbanding pembangkang yang menolaknya,” katanya.
mereka menolak disebabkan sokongan dan pembagian hak sama rata terhadap semua kaum, bagi saya perkara itu berbeza pandangan dengan apa yang dengan perlembagaan. sedangkan kerajaan dan menjamin Hak istimewa orang melayu. MoU pun tidak mengubah pun kandungan perlembagaan kontrak yang diperkenalkan oleh kerajaan. Selagi mana tidak bertentangan dengan perlembagaan, maka apa salahnya untuk kita raikan dan terima peringkat awal.
Beliau turut mendakwa pembangkang menolak MoU disebabkan pembahagian hak sama rata terhadap semua kaum yang dilihat berbeza dengan perlembagaan.
“Sememangnya perlembagaan akan menjamin hak istimewa orang Melayu dan memorandum tersebut juga tidak mengubah kandungan perlembagaan.
“Selagi ianya tidak bertentangan dengan perlembagaan, apa salahnya untuk kita raikan dan terima pada peringkat awal,” ujarnya.