Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Esok, seluruh negara bakal terarah dan fokus ke Dewan Rakyat, khususnya bagi mengetahui intipati satu dokumen yang masih belum diketahui dalam membentuk hala tuju negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima penyerahan rasmi dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok. Penyerahan ini menandakan berakhirnya fasa penyediaan rancangan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.
RMK-13 dirangka sebagai pelan pembangunan menyeluruh yang memberi fokus kepada usaha mengangkat martabat rakyat secara adil dan saksama tanpa meminggirkan mana-mana kumpulan.
Proses penyediaannya turut melibatkan sesi libat urus secara meluas bersama pelbagai pemegang taruh merentasi sektor, latar belakang dan wilayah, termasuk kerajaan negeri, bagi memastikan suara rakyat diangkat dalam perancangan masa depan negara.
“Insya-Allah, saya akan membentangkan usul RMK-13 di Dewan Rakyat esok. Kerajaan MADANI amat mengalu-alukan perbahasan dan cadangan konstruktif daripada semua Ahli Parlimen demi memperkukuh dasar dan hala tuju yang digariskan,” kata Perdana Menteri.

RMK13 buat pertama kalinya digubal sepenuhnya oleh pelan kerangka Kerajaan Madani yang jelas menunjukkan kelainan mendalam kerana bukan sekadar kesinambungan warisan dasar lama tetapi terdapat beberapa pelan baharu yang bakal muncul demi memajukan negara.
Menurut kementerian kewangan, pihaknya menyifatkan RMK13 akan menjadi hala tuju negra ke arah pembangunan mampan dan menyeluruh demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Manakala, Menteri Perpaduan, Datuk Seri Aaron Dagang berkata usaha ini penting bagi memperkukuh perpaduan dan jati diri rakyat, selari dengan matlamat jangka panjang kementerian untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dalam kepelbagaian.
Selain itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementerian sudah mengenal pasti keperluan utama dalam sektor pertanian untuk diberi keutamaan di bawah RMK13, antaranya adalah sistem pengairan negara.
“RMK lebih memberi tumpuan jangka panjang berbanding belanjawan tahunan. Misalnya untuk sektor pertanian adalah pengairan. Itu dalam RMK.
“Sistem pengairan ini tak boleh siap setahun dan kerana ia tidak boleh ditangani oleh individu, sebaliknya memerlukan pembabitan terus kerajaan untuk menyediakannya.
RMK13 dikatakan mempunyai kelainan yang begitu jelas kerana ia merupakan pelan tindakan pembangunan negara yang buat pertama
Baca juga: