Pemberontak Myanmar dakwa kuasai bandar sempadan India, Bangladesh

Sebuah kumpulan pemberontak bersenjata Myanmar, Tentera Arakan (AA) menyatakan bahawa kumpulan mereka berjaya menguasai bandar Paletwa yang bersempadan dengan India dan Bangladesh.

Jurucakap Tentera Arakan (AA), Khine Thu Kha dalam satu kenyataan berkata, ia menakluki Paletwa, sebuah bandar pelabuhan di Sungai Kaladan yang menjadi kunci perdagangan dengan negara jiran.

“Kumpulan kami akan mengambil alih pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang di kawasan berkenaan,” katanya menerusi kenyataan.

Namun, Reuters melaporkan jurucakap junta tidak memberi maklum balas ketika diminta mengulas perkara itu maka ia tidak dapat mengesahkan dakwaan AA secara bebas.

Kini, Myanmar sedang melalui pemberontakan dalam pelbagai bidang, dimana kumpulan antijunta bersekutu yang disokong kerajaan selari prodemokrasi menguasai beberapa pos dan bandar tentera.

Ia adalah cabaran terbesar yang dihadapi junta sejak melancarkan rampasan kuasa terhadap kerajaan yang dipilih pada 2021.

Kejatuhan Paletwa di barat berlaku selepas satu lagi kumpulan pemberontak dalam Three Brotherhood Alliance merampas bandar Laukkai di negeri Shan di sempadan dengan China.

Sebelum ini,  junta bersetuju mengadakan gencatan senjata dengan kumpulan itu untuk wilayah yang bersempadan dengan China.

Nmun, pihak pemberontak mengatakan bahawa tentera junta melanggar perjanjian gencatan senjata dan melancarkan serangan di beberapa perbandaran di negeri Shan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat