Pemimpin pembangkang Korea Selatan ditikam

Pemimpin pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung berdepan detik cemas apabila ditikam di leher ketika dia sedang dalam lawatan di pelabuhan selatan Busan.

Jae-myung dari Parti Demokrat diserang seorang lelaki yang tidak dikenali ketika melawat tapak lapangan terbang yang sedang dalam peringkat cadangan itu.

Menurut lapor agensi berita tempatan, Yonhap, penyerang merupakan seorang lelaki yang dipercayai lingkungan usia 50-an atau 60-an.

Sewaktu kejadian, dia mendekati Jae-myung untuk meminta autograf, selang beberapa minit kemudian secara tiba-tiba menerjah ke hadapan dan menyerang pemimpin itu di hadapan orang awam.

Media dan orang awam yang hadir terkejut melihat kejadian itu sementara penyerang itu berjaya ditahan di tempat kejadian.

Berdasarkan rakaman yang tular, penyerang menerkam Jae-myung ketika menghulurkan tangannya, sebelum Jae-Myung rebah.

Pemimpin itu kemudian rebah dan terbaring di atas tanah manakala terdapat seorang lelaki yang menekan sapu tangan pada bahagian leher sebelum dibawa ke hospital.

Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol menyatakan kebimbangan terhadap keadaan Jae-myung.

“Beliau menekankan kepada masyarakat bahawa kita tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan keganasan seperti ini dalam apa jua keadaan,” kata jurucakapnya, Kim Soo-kyung.

Untuk info, pemimpin parti pembangkang konservatif Park Geun-hye pernah diserang pada satu acara pada 2006 dengan pisau dan mengalami luka di mukanya yang memerlukan pembedahan.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2023/12/31/pemandu-mercedes-putih-mata-duit-rm6000-lesap-depan-mata/

Anda Mungkin Berminat