Pemuda AMANAH Pulau Pinang kecam Jalur Gemilang dikibar terbalik

GEORGE TOWN: Tindakan mengibar Jalur Gemilang secara terbalik di hadapan sebuah kedai perkakasan dekat sini disifatkan penghinaan yang tidak boleh diterima.

Ketua Pemuda AMANAH Negeri Pulau Pinang, Muhamad Khairul Mohd Ali berkata ia bukan sekadar kesilapan, tetapi satu provokasi murahan yang mencabar maruah negara, apatah lagi menjelang sambutan kemerdekaan nanti.

Jelasnya, Jalur Gemilang adalah simbol pengorbanan pejuang kemerdekaan yang wajib dihormati.

“Jangan cabar maruah Jalur Gemilang. Kesabaran rakyat ada hadnya!” tegasnya.

Terdahulu, insiden bendera dikibarkan secara terbalik pernah dilihat sebagai tanda protes, namun ia kekal menjadi isu sensitif yang mencetuskan kemarahan rakyat kerana melibatkan simbol kedaulatan negara.

Anda Mungkin Berminat