Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengkreditkan Insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahli KWSP berumur antara 40 dan bawah 55 tahun.
Menurut satu kenyataan, KWSP menyatakan insentif itu diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
“Insentif caruman RM500 ‘one-off’ ini, yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023.
“Ia bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mengulas lanjut, KWSP berkata, insentif itu juga sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan.
Untuk maklumat lanjut tentang insentif Caruman Tambahan Kerajaan ini, ahli boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) di laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000.
Baca juga: