Penempatan Rohingya diserbu 5 agensi

Seorang warga Myanmar etnik Rohingya dan seorang warga tempatan ditangkap dalam satu operasi bersepadu yang telah dijalankan di Kampung Parit Haji Ali, pada Khamis

Memetik laporan KOSMO, Ketua Polis Daerah Kerian,Superintendan Juna Yusoff berkata, operasi bersepadu itu dilancarkan susulan tular video aduan penduduk yang merasa kurang senang dengan penempatan etnik Rohingya di kampung tersebut.

“Operasi bersepadu telah dilancarkan melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA)Batalion 1, Jabatan Imigresen Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)Kerian, Pejabat Agama Islam Daerah Kerian dan Majlis Daerah Kerian membuat pemeriksaan di penempatan itu.

“Hasil pemeriksaan terhadap 14 buah rumah dikawasan itu mendapati terdapat seramai 19 orang warga Myanmar dan seorang warga tempatan menetap dikawasan tersebut,” ujarnya.

Menurut Juna, mereka telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk tindakan pemeriksaan dan kes disiasat dibawah Seksyen 6 (1) Akta Imigresen.

“Pemeriksaan mendapati 18 orang daripadanya memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa -Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) yang sah dan dibebaskan tanpa syarat, manakala seorang lagi ditangkap kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya kepada KOSMO.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat