PETALING JAYA: Pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor menafikan dakwaan bahawa program anjuran mereka mengandungi unsur bercanggah dengan ajaran Islam.
Menurut kenyataan media hari ini, Diyana berkata tuduhan itu berpunca daripada hantaran tular di media sosial sejak 2 Julai lalu oleh seorang individu dikenali sebagai Masyitah Ashari, yang didakwa mengelirukan dan tidak sahih.
“Kami ingin jelaskan bahawa tiada sebarang aduan pernah diterima daripada peserta berkaitan kandungan program kami,” katanya.
Diyana turut menafikan penggunaan elemen seperti Tantra dalam modul terapi, sebaliknya menjelaskan bahawa pendekatan digunakan adalah berasaskan hipnoterapi, teknik pernafasan dan NLP, yang membantu wanita mengurus cabaran emosi dan psikologi.
“Program ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan nilai sosial. Malah, ia bertujuan menyokong kesejahteraan wanita dalam institusi kekeluargaan,” tambah kenyataan itu.
Mereka juga memaklumkan pernah memberi penjelasan kepada JAIS pada November 2022 dan program berkenaan dibenarkan diteruskan selepas sesi itu.
Turut dinafikan ialah dakwaan penggunaan bahan terlarang dalam minuman dipromosi eHati, yang menurut mereka hanya mengandungi koko mentah, madu dan rempah semula jadi.
Baca juga:








